Monday 3 June 2013

Cara Daftar Maybank2u

Kenapa memilih perbankkan internet?

Penggunaan perbankkan internet memudahkan urusan seharian kita antaranya:


1.Pembayaran bil internet, elektrik, air dll
2.Pembelian online (topup, hardware komputer, handphone dll)
tak perlu lagi berurusan dikaunter yang memerlukan masa yang lama. Cuma anda harus berhati-hati jangan sampai mendedahkan maklumat yang tidak sepatutnya kepada individu lain atau mungkin semasa anda melayari internet. Jika terdapat kemusykilan berhubung segera dengan pihak bank. Kalau ada email yang meminta anda upgrade akaun anda atau telefon anda jangan mudah percaya 100%. Pergi sendiri ke bank untuk berurusan. Anda harus bijak dan berhati-hati, perkara yg tak diingini tak akan berlaku pada anda... Setakat ini penggunaan perbankan internet ini amat memudahkan urusan saya.
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda cara daftar perbankan internet dengan maybank2u. Apa yang anda perlukan adalah pastikan anda mempunyai akaun maybank dan mempunyai kad maybank.
Langkah-langkah membuka akaun maybank2u:
1- Pergi ke mesin atm Maybank dan pilih menu maybank2u
2- Kemudian pilih menu daftar TAC telefon bimbit. *TAC bertujuan sebagai kod kebenaran jika anda membuat sebarang pembayaran, bank akan menghantar suatu nombor sbg pengesahan ke telefon bimbit anda. Saya dulu tak berapa mahir juga, tapi selepas dah ada pengalaman guna perbankan internet ini faham juga lah penggunaannya. Belajar dari pengalaman.
3-  Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan no. tel. Pastikan no. tel. adalah milik anda bukan dikongsi dengan orang lain. Selepas dah pasti klik YA
4- Sekarang pilih menu Pin Laluan Maybank2u.
5- Masukkan no.pin 6 angka yg anda mahu. anda akan diminta memasukkan semula no.pin tersebut sbg keselamatan. Ingat nombor pin ini jangan lupa kerana nombor inilah yg digunakan untuk log in maybank2u nanti.
6- dah selesai. Sekarang prgi ke laman web maybank malaysia dan klik pada log in dan klik pada first time log in
7- nanti ada akan diminta melihat video tentang keselamatan dan jawab 2 soalan yang diberi. tujuannya adalah untuk memastikan anda memahami aspek keselamatan semasa menggunakan perbankan internet. Ikut arahan yg diberi
8- Kemudian akan keluar Access No. dan PIN. Apa yg perlu anda lakukan adalah masukkan no.kad atm anda pada Access No. dan masukkan no.pin yg anda daftar dlm langkah 5 pada bahagian PIN.
9- Sekarang pilih username dan password yg akan anda guna untuk log in maybank2u anda nanti. Pastikan anda tidak lupa dan hanya anda seorang sahaja yang tahu.
10- Alhamdulillah dah selesai... anda boleh log in maybank2u pada bila-bila masa.. selamat mencuba.
Kredit to PHP

No comments:

Post a Comment